Jumaat, 29 Ogos 2014

memulakan suatu pengamatan


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam  ..... Selamat perkenalan dan berukhuwwah ....

Memulakan suatu pengamatan rabbani dan haraki  yang bermatlamatkan  kebahagiaan dan hasanah didunia dan akhirat.  Mudah saja matlamatnya.  Tentu sekali tidak terlepas dari ikatan dengan Yang Maha... "Ass Salam", Yang Maha Penyelamat didunia dan diakhirat. Ini pegangan mukmin.

Sesungguhnya, kita sebagai al-Insan tidak boleh mereka sendiri  matlamat hidup  kita secara semberono dan main-main walau pun kita mungkin merasa cukup dengan rasaan istimewanya kita. 

Matlamat kita telah di tentukan oleh ALLAH SWT atas nama pengabdian. Kita adalah hamba dan kulinya dan DIA adalah RABB kita, Tuhan kita dunia dan akhirat.

Justeru, usaha menyempurnakan pengamatan dalam hidup ini   perlu di kehadapan, teratas dan menjadi keutamaan dari segala  pengamatan lain.

Insya ALLAH SWT .... jumpa lagi

Sesungguhnya, kepada ALLAH SWT  kesudahan segala pengamatan.