"Kubur", bagi yang tidak bersedia untuk jumpa ALLAH SWT adalah tempat yang menakutkan dan bagi yang bersedia adalah sebaliknya. Tiap orang melalui jalan hidup yang berbeza. Apatah lagi apa yang dinamakan perjalanan kerohanian. Justeru, dari perbezaan itulah menjadi penentu kepada apa yang akan dilalui di alam kubur nanti.
Bagi meneruskan suatu pengamatan sempena perjalanan politik kita rakyat Malaysia hari ini berkaitan nama sebuah tempat, Pengkalan Kubur di Kelantan.

Hari ini, asas permulaan baru untuk PAS dan UMNO yang mula berentap, 'hari penamaan calun' bagi PAS menawan dan UMNO-BN mempertahankan DUN Pengkalan Kubur.
Bersediakah PAS untuk kalah atau menang di Pengkalan Kubur kerana masa depan adalah masa-masa yang cukup mencabar bagi PAS setelah berjaya memerintah Kelantan Darul Naim lebih dua puluh tahun. Penat UMNO-BN di Kelantan dan PAS pun keletihan.

Andainya UMNO kalah di Pengkalan Kubur maka ia menjadi satu jalan menuju kearah menyempurnakan kata-kata mantan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, bahawa beliau , "akan menamatkan riwayat UMNO di Kelantan".
Saya doakan agar UMNO "cepat-cepat berkubur" tapi, ia tak mungkin begitu kerana 'bercanggah' dengan sunnah alam, tiap suatu itu ada pro-kontranya. Pertembungan antara hak dan batil adalah pertembungan sepanjang zaman. PAS sentiasa membuktikan bahawa ia dipihak yang benar dan yang batil kena kepada UMNO.
Antara PAS dan PKR, yang bermasalah terutama disebelah PKR akan menjadikan PRK Pengkalan Kubur ini sebagai kayu ukur masa depan hubungan mereka. PAS nampaknya luntur kepercayaannya kepada PKR berikutan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor. Mungkin PKR pun bermmasalah dengan PAS !
Permasalahan dalaman dengan PKR akan memberi kesan kepada rentak masa depan hubungan PAS - PKR dan Pakatan Rakyat. Pengkalan kubur bukan saja ujian untuk pengundi Pengkalan Kubur tetapi ujian untuk Pakatan Rakyat atas 'tahaluf' haqiqi yang Islamik. Bukan 'tahaluf murahan' untuk mencapai cita-cita peribadi
Setiap parti UMNO-BN dan PAS masing-masing memohon dengan ALLAH SWT untuk kemenangan mereka. Mereka amat menyedari dan memahami bahawa "kubur" itu berada di hati dan tangan rakyat Pengkalan Kubur.
Siapa yang akan dikuburkan di Pengkalan Kubur. Yang tentunya PKR telah berkubur di Pengkalan Kubur setelah menyerahkan pengkalan yang yang maju bagi mereka hari ini. UMNO-BN akan berkubur nanti.
PAS menang mengalahkan PKR berikutan kembalinya PAS bertanding setelah diberi percubaan kepada PKR yang terbukti gagal. Suatu anjakan dan perubahan yang berisiko kedua belah pihak !
PAS mengambil risiko yang tinggi. Tetapi kerana ingin menang dalam pertandingan dengan PKR maka PAS "pejam mata" di Pengkalan Kubur.
Andainya PAS kalah dalam PRK ini, PAS tetap menang kerana selepas ini PAS tetap akan bertanding lagi di Pengkalan Kubur. Tiada peluang lagi untuk PKR .... Mungkin diketika itu Pakatan Rakyat sudah tiada !
Suaru seruan yang meyakitkan atau menggembirakan anda ?